Pembukaan SMK Bandar Baru Batang Kali bermula dengan perlantikan Pn Rohaini Bt Hayon sebagai Pengetua pada 1 Disember 2000. Beliau diarahkan membuka sekolah baru mulai sesi 2001.Semasa mendapat surat perlantikan dan surat arahan, beliau diberi senarai nama guru yang akan berkhidmat di sekolah ini. Usaha telah dijalankan selama sebulan sebelum sesi 2001 bermula.
Satu mesyuarat pengurusan sekolah telah dijalankan bersama-sama dua orang Penolong Kanan yang dicadangkan iaitu Puan Ian Rasni Bt Talib sebagai Penolong Kanan 1 dan En Ahmad Niza sebagai Penolong Kanan HEM. Perbincangan menyentuh tentang penerimaan kemasukan murid baru ke Tingkatan 1 mulai tahum 2001 dan sebanyak 7 buah akan dibuka.
Pada Januari 2001, pelajar-pelajar SMK Bandar Baru Batang Kali seramai 277 orang dan guru berjumlah 23 orang telah memulakan sesi persekolahan dengan menumpang SMK Syed Mashor pada sebelah petang. Walaupun serda kekurangan dengan jumlah staf sokongan seramai dua orang dan saiz pejabat yang kecil persekolahn tetap berjalan lancar.
Pada Mac 2001, pra penyerahan bangunan sekolah dilakukan oleh pihak JKR. Pihak pentadbir sekolah telah menyemak dan mengkaji kerosakan bangunan sebelum penyerahan secara rasmi. Pada masa yang sama, pihak sekolah telah memohon peralatan perabot serta keperluan lain dan pada bulan April segala peralatan kelas dapat disediakan. Penyerahan sebenar telah dilakukan pada 5 April 2001 dan dalam tempoh sebulan, sekolah perlu bersedia sebelum memulakan operasi selepas cuti penggal iaitu pada 26 Mei 2001.
Friday, May 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment