Friday, May 8, 2009

Etimologi

Asal nama Selangor tidak jelas, walaupun beberapa sumber mendakwa bahawa namanya telah diambil daripada perkataan "selangau", iaitu sejenis lalat besar, disebabkan oleh bilangan lalat yang ada berhampiran dengan Sungai Selangor, di bahagian barat laut negeri ini. Satu lagi teori yang munasabah mendakwa bahawa nama negeri ini diambil daripada frasa "Selang Ur" bermaksud "tanah selat" ("ur" membawa maksud "tanah" dalam bahasa Tamil).

[sunting] Sejarah

Rencana utama: Sejarah Selangor

Pada abad ke-15, Selangor terletak di bawah pemerintahan Melaka. Selepas kejatuhan Melaka, ia menjadi rebutan di antara penjajah Portugis, Johor, Aceh dan Siam. Selepas Belanda menewaskan Portugis di Melaka, mereka membawa masuk askar upahan Bugis dari Sulawesi. Ini menyebabkan kaum Minangkabau yang lebih dulu (100 tahun awal) datang dari Sumatra terpaksa berpindah.

Pada kurun ke-19, kemajuan ekonomi akibat perlombongan bijih timah dan penanaman pokok getah menarik ramai pendatang Cina. Kaum Cina ini membentuk kongsi gelap dan berpakat dengan pembesar-pembesar Selangor merebut kekayaan ini. Suasana kucar-kacir ini memberi peluang kepada British untuk memaksa Sultan Selangor menerima seorang Residen British di Klang pada 1874 iaitu J.G Davidson. Taktik ini berkesan apabila British berjaya mengawal keadaan dan Selangor kembali makmur.

[sunting] Geografi

Rencana utama: Geografi Selangor

Selangor secara umumnya merupakan kawasan yang landai. Ia terletak antara banjaran dan Selat Melaka.

Negeri Selangor terbahagi kepada 9 daerah iaitu :-

Bandar-bandar utama di Selangor adalah Shah Alam (ibu negeri), Klang, Kajang, Banting, Petaling Jaya, Subang Jaya, Puchong, Rawang dan Semenyih.

[sunting] Kerajaan

Negeri Selangor mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Sultan negeri ini merupakan Ketua Perlembagaan Negeri. Sejak tahun 2001, gelaran Sultan telah dipegang oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Dibawah perlembagaan negeri, kuasa perundangan dimiliki oleh Dewan Undangan. Dewan ini melantik ahli Dewan untuk membentuk Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO).

EXCO, yang diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak Mac 10, 2008, memegang kuasa eksekutif dan merupakan badan yang membuat dasar kerajaan negeri. Menteri Besar yang dilantik oleh Sultan adalah daripada parti politik yang memenangi kerusi yang terbanyak di dalam Dewan Undangan.

Ketua pembangkang di negeri Selangor ialah Dato' Seri Dr. Mohd. Khir Toyo, yang merupakan ahli parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di bawah Barisan Nasional. Beliau pernah menjadi Menteri Besar negeri ini sebelum Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

[sunting] Agensi Kerajaan Negeri Selangor

  1. Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Selangor
  2. Pejabat Tanah dan Galian Selangor
  3. Perbendaharaan Negeri Selangor
  4. Jabatan Agama Islam Selangor
  5. Jabatan Mufti Negeri Selangor
  6. Jabatan Kehakiman Syariah Selangor
  7. Jabatan Perhutanan Selangor
  8. Jabatan Pertanian Selangor
  9. Jabatan Kerja Raya Selangor
  10. Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor
  11. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Selangor
  12. Jabatan Perkhidmatan Haiwan Selangor
  13. Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor
  14. Lembaga Muzium Selangor
  15. Lembaga Urus Air Selangor
  16. Lembaga Zakat Selangor
  17. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor
  18. Majlis Agama Islam Selangor
  19. Majlis Sukan Negeri Selangor
  20. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor
  21. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
  22. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

No comments:

Post a Comment